Monday, March 8, 2010

Selamat Datang ke Diari Catur saya..

Terima kasih kerana melawat blog catur ini. Tujuan blog ni dibuka hanyalah untuk mencatat perjalanan saya di arena Catur di Malaysia.

Saya teruja untuk mencatat di dalam blog memandangkan sejajar dengan perkembangan teknologi IT yang membuatkan setiap informasi sentiasa dikongsi dengan pantas. Maafkan saya jika blog ini terlalu dull kerana ini adalah permulaan untuk saya dalam dunia blogging. Insyaallah saya akan cuba memperbaiki mutu di dalam blog ini untuk dikongsi bersama dengan peminat-peminat catur tanah air.

Perancangan saya di sini bukan untuk menandingi mana2 blog catur yang terkenal di Malaysia seperti Hairulov, Gilachess, Stonemaster dan lain-lain, tetapi untuk berkongsi pandangan dan pengalaman saya sendiri di dalam bidang catur.

Terima Kasih